Diskaun menarik menanti pengunjung Fiesta Buku & Komik Book2U

Temui kartunis kegemaran anda di Fiesta Buku & Komik Book2U
Temui kartunis kegemaran anda di Fiesta Buku & Komik Book2U
A
A
A

SHAH ALAM - Fiesta Buku & Komik Book2U yang akan berlangsung 16 Ogos sehingga 16 September akan datang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus dan harga buku komik serendah RM2.

Fiesta anjuran Kedai buku Book2u itu akan berlangsung di semua cawangan kedainya seluruh negara.

Pelbagai tawaran istimewa dan diskaun ditawarkan sepanjang fiesta tersebut berlangsung antaranya, komik dan novel serendah RM2, diskaun al-Quran, komik dan buku sehingga 20 peratus serta diskaun alat tulis sehingga 10 peratus.

Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung.
Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung.

Antara cawangan tersebut ialah 1 Plaza Kuala Selangor pada 16 Ogos sehingga 8 September, Tesco Rawang dan Bukit Sentosa Rawang pada 23 Ogos sehingga 8 September, Tesco Jenjarom 19 Ogos sehingga 8 September dan Penang Sentral Butterworth dari 26 Ogos hingga 16 September.

Bersempena dengan fiesta tersebut juga, sesi bersama kartunis terkenal tanah air iaitu Gayour, Lambok dan Bendi akan berlangsung di Book2U, Tesco Jenjarom pada 7 september bermula dua petang hingga lima petang.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung berkesempatan bertemu sendiri kartunis kegemaran mereka pada fiesta kali ini.
Pengunjung berkesempatan bertemu sendiri kartunis kegemaran mereka pada fiesta kali ini.

Justeru kepada peminat mereka yang tinggal sekitar Jenjarom, Banting, Morib, Klang dan Selangor jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan kartunis- kartunis tersebut.