Mayat nelayan warga Myanmar ditemukan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat seorang nelayan warga Myanmar yang dilaporkan hilang tiga hari lalu, ditemukan kira-kira 0.9 batu nautika dari utara Padang Kota di sini pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mayat Mojur Rahman Umar Khazi, 31 ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 7.40 pagi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi melibatkan pelbagai agensi keselamatan iaitu APMM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia.

"Mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian telah dibawa ke Jeti Straits Quay dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya bersama empat orang nelayan lain akibat terlanggar boya laut di perairan Padang Kota Lama pada Khamis lalu.

Bot terbalik sehingga menyebabkan mangsa hilang, manakala tiga lagi nelayan lain berjaya menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan: