Melayu malas ada dalam PKR, Amanah dan Bersatu: Saarani

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

PARIT BUNTAR - UMNO Perak menyifatkan sindiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mengatakan orang Melayu malas ditujukan kepada orang Melayu di dalam PKR, Amanah dan Bersatu.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, kenyataan Mahathir itu didorong kemarahan kerana ramai orang Melayu yang tidak mahu menyokongnya.

Beliau berkata, Mahathir sedar bahawa kerusi yang dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu tidak banyak seperti mana dimenangi UMNO dan Pas sekaligus menyebabkan parti yang diketuainya kelihatan lemah.

"Saya nak tanya orang Melayu dalam PKR, Amanah dan Bersatu tak marah ke Tun Mahathir kata macam itu? Tun Mahathir hentam Melayu malas ini termasuklah dalam PKR, Amanah dan Bersatu.

"Melayu dalam UMNO dan Pas ini Melayu yang rajin, yang malas ini Melayu Amanah, Melayu PKR dan Melayu Bersatu.

"Dr Mahathir marahkan orang Melayu sebab tak sokong dia. Itu sahaja. Orang Melayu ramai dalam UMNO, ramai dalam Pas. Dia marah Pas dan UMNO lagi banyak daripada kerusi Bersatu," katanya ketika berucap pada program Moh Mengopi di Jalan Parit Haji Musa, Titi Serong di sini.

Saarani turut menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima selepas menyampaikan ucapan pada program Moh Mengopi di Jalan Parit Haji Musa, Titi Serong di sini.
Saarani turut menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima selepas menyampaikan ucapan pada program Moh Mengopi di Jalan Parit Haji Musa, Titi Serong di sini.

Semalam, Mahathir dalam tulisan di blognya menggesa orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka sehingga dibelenggu kemiskinan sekiranya terus malas untuk bekerja.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saarani berkata, orang Melayu masih lagi menjadi tuan tanah kepada negara ini dan tiada siapa boleh mempertikaikannya.

Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan kedudukan kaum Melayu di negara ini walaupun mereka tidak ramai terlibat dalam sektor perniagaan dan lain-lain pekerjaan di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Orang Melayu masih tidak sedar'