Kadar jangka pendek kekal stabil minggu depan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar-kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan semalaman Islam mencatatkan 2.95 peratus, manakala kadar-kadar seminggu, dua dan tiga minggu masing-masing kekal pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Pada minggu ini, BNM terlibat secara harian bagi menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan repo berbalik selain Bil Antarabank Bank Negara.

Jumlah lebihan tunai dalam sistem konvensional bagi minggu tersebut susut kepada RM23.6 bilion daripada RM25.4 bilion pada minggu sebelum ini.

Dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM12.20 bilion daripada RM15.9 bilion.

Pasaran akan ditutup pada Isnin sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Bernama

Artikel Berkaitan: