X

Kindly register in order to view this article
!

Kokurikulum Tabika Kemas perlu sentiasa ditambah baik

R Sivarasa
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam aspek kokurikulum dan kaedah pembelajaran Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) mengikut peredaran masa.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, penambahbaikan itu juga perlu mengikut keperluan kanak-kanak.

“Kita mahu kokurikulum yang kita ajar di Tabika Kemas sentiasa ditambah baik dan perlu yang terkini. Ditambah baik dari semasa ke semasa.

"Cara pendidikan pada masa kini tidak sama dan ia berbeza dengan zaman 20 atau 30 tahun dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Menurutnya, Kemas sedang melaksanakan program perintis di beberapa tabika dengan memasukkan elemen pembelajaran tambahan seperti Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.

"Selain itu, kakitangan Kemas juga perlu melaksanakan tugas dengan profesional dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

"Perlu ada tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan Kemas. Saya berharap kakitangan di sini dapat membuat tugasan dan menggalas tanggungjawab secara profesional serta menjadikan institusi ini satu institusi yang hebat," katanya.

Hari Potensi Kemas adalah aktiviti kokurikulum Tabika Kemas yang dilaksanakan secara tahunan sejak 2006.

Ia melibatkan pertandingan acara bakat atau sukan yang dilaksanakan secara giliran setiap tahun bermula dari peringkat Parlimen, daerah, negeri hingga ke peringkat kebangsaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!