Dua maut nahas dua kenderaan

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun. (Gambar kecil: Fazroazahar, Hisyam)
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun. (Gambar kecil: Fazroazahar, Hisyam)
A
A
A

DUNGUN - Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 12.5 Jalan Paka - Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Santong, awal pagi tadi.

Muhammad Hisyam Alimun, 26, dan Fazroazahar Rahim, 34, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi, kereta jenis Proton Satria yang dipandu Mohd Hisyam dari arah Ketengah Jaya menuju ke Paka dikatakan cuba memotong kenderaan lain di hadapannya menyebabkan pertembungan dengan Honda Civic dipandu Fazroazahar.

No Image Caption

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Airill Sarojini yang juga menaiki kenderaan bersama Muhamad Hisyam terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Airill Sarojini anak saudara Muhamad Hisyam dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Satu, Zulkifli Md Ali berkata, seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Sewaktu tiba di lokasi, seorang kanak-kanak sudah dikeluarkan oleh orang awam, anggota bomba mengeluarkan lelaki dewasa dan seorang lagi tersepit di tempat duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 10 minit dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat, manakala kanak-kanak berkenaan dihantar mendapatkan rawatan di Klinik Ketengah Jaya.