Himpunan perjuang nasib penduduk Jammu, Kashmir

Wakil kumpulan himpunan cuba untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendapat sokongan dari 42 NGO Islam namun kelibat wakil kedutaan tidak kelihatan untuk menerimanya.
Wakil kumpulan himpunan cuba untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendapat sokongan dari 42 NGO Islam namun kelibat wakil kedutaan tidak kelihatan untuk menerimanya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu himpunan telah diadakan hari ini di luar kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Masjid Negara sebagai usaha memperjuangkan nasib penduduk Jammu dan Kashmir yang didakwa ditindas kerajaan India.

Menurut laporan Malaysiakini, himpunan di luar kedutaan UAE diadakan untuk menyuarakan bantahan terhadap layanan baik dan pemberian anugerah kehormat awam tertinggi UAE iaitu Order of Zayed kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika kunjungannya ke negara itu akhir bulan lalu.

Pada himpunan tersebut, wakil kumpulan himpunan cuba untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendapat sokongan dari 42 NGO Islam namun kelibat wakil kedutaan tidak kelihatan untuk menerimanya.

Wakil kumpulan himpunan cuba untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendapat sokongan dari 42 NGO Islam namun kelibat wakil kedutaan tidak kelihatan untuk menerimanya.
Wakil kumpulan himpunan cuba untuk menyerahkan memorandum bantahan yang mendapat sokongan dari 42 NGO Islam namun kelibat wakil kedutaan tidak kelihatan untuk menerimanya.

Manakala di himpunan di Masjid Negara turut disertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang menggesa anggota Parlimen di negara ini untuk bersama-sama memperjuangkan hak asasi kemanusiaan sesama Islam.

“Kenapa ahli Parlimen kita di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan?

“Kita semua jangan mendiamkan diri sebab ahli Parlimen di United Kingdom semalam telah buat kenyataan bahawa mereka sangat menentang apa yang berlaku di Kashmir,’’ katanya menerusi laporan Malaysiakini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Himpunan di Masjid Negara turut disertai ABIM yang menggesa ahli Parlimen di negara ini untuk bersama-sama memperjuangkan hak asasi kemanusiaan sesama Islam.
Himpunan di Masjid Negara turut disertai ABIM yang menggesa ahli Parlimen di negara ini untuk bersama-sama memperjuangkan hak asasi kemanusiaan sesama Islam.

Satu memorandum bantahan yang ditandatangani 40 NGO lain turut dihantar oleh ABIM kepada Suruhanjaya Tinggi India di ibu negara bagi memperjuangkan hak asasi kemanusiaan di Kashmir.