Jual dadah dalam dusun durian

Bekalan dadah yang dijumpai dalam satu serbuan di dusun durian di Batu Kurau semalam.
Bekalan dadah yang dijumpai dalam satu serbuan di dusun durian di Batu Kurau semalam.
A
A
A

TAIPING - Dua lelaki ditahan bersama lebih 700 gram (g) dadah dalam satu serbuan di dusun durian dekat Kampung Sempeneh Batu Kurau semalam.

Serbuan sekitar jam 4 pagi itu turut menemui 635g heroin dan 100g syabu tersimpan dalam bekas tin yang diletakkan dalam sebuah pondok kosong.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika serbuan kedua-dua lelaki berusia 35 dan 27 tahun itu sedang duduk dalam pondok berkenaan.

"Pemeriksaan enemui enam paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dan tiga paket dadah jenis methamphetamine dalam sebuah tin dianggarkan bernilai RM46,750.

"Kedua-dua suspek mengaku menjual dadah tersebut di sekitar kawasan Batu Kurau," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki terbabit telah ditahan reman sehingga 13 September ini bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kedua-dua mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

"Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu turut menyita sebuah motosikal jenis Honda RS 150 yang dianggarkan bernilai RM7,000," katanya.

Artikel Berkaitan: