Maszlee terima surat daripada 'Cikgu Geetha Rani'

Maszlee menunjukkan surat daripada 'Cikgu Geetha Rani' yang diterimanya.
Maszlee menunjukkan surat daripada 'Cikgu Geetha Rani' yang diterimanya.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak menyangka ulasannya berhubung filem Tamil berjudul Raatchasi mendapat perhatian produksi filem berkenaan.

Maszlee berkata, beliau turut menerima surat daripada pemegang watak cikgu Geetha Rani, Jyotika yang memberikan penghargaan terhadap ulasannya.

Menurutnya, beliau tidak sangka ulasan ringkas saya tentang filem Raatchasi mendapat perhatian ramai pihak.

"Produser menghantar pesanan mengucapkan terima kasih kerana menularkan video ini. Tidak terkira juga betapa banyaknya reaksi daripada peminat-peminat filem ini.

“Dan yang paling mengejutkan saya semalam, saya mendapat surat ini, khas daripada cikgu Geetha Rani, Jyotika. Beliau menghargai kesudian dan sokongan yang kita berikan.

"Filem ini meskipun latarnya berbeza, mesej dan aspirasinya bersifat global dan perlu ditonton oleh semua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maszlee turut mendoakan agar pelakon itu terus berjaya dalam bidang diceburinya.

“Kepada Jyotika, teruskan karier lakonan anda. Tidak dapat saya nafikan bakat dan kebolehan anda.

Artikel Berkaitan:

"Ia berjaya membuatkan kami semua sangat terinspirasi dengan Geetha Rani. Adegan anda berdua dengan Kathir di dalam bilik guru besar, tidak dapat saya lupakan.

“Dan kepada produser dan barisan kru filem, terima kasih di atas penghasilan filem yang sangat bermakna ini dan teruslah menghasilkan filem-filem yang menginspirasikan seperti Raatchasi,” katanya.

Maszlee sebelum ini menyifatkan filem Raatchasi menggambarkan dasar dan perubahan yang sudah dibuat untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.

Beliau berkata, filem berkenaan menterjemahkan aspirasinya seperti inisiatif Program Sarapan Percuma (PSP) yang turut mahu melihat golongan guru dapat duduk dan makan bersama pelajar.

Katanya, filem itu mempunyai garis cerita yang luar biasa dan watak yang sempurna dimainkan oleh pelakon utama, Jyothika.

Filem Raatchasi yang diarahkan oleh S Gowthamraj menggambarkan pelakon utama, Jyothika menghadapi cabaran menjadi guru besar dengan disiplin kuat yang ingin memperbaiki keadaan di sekolah usang dikendalikan oleh kerajaan.

Filem itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang kagum dengan jalan cerita dan watak cikgu Geetha Rani.