Follow Me lancar rangkaian Nature's Path baharu

PRODUK Nature’s Path adalah berasaskan ekstrak tumbuhan semula jadi dan haruman aromatik.
PRODUK Nature’s Path adalah berasaskan ekstrak tumbuhan semula jadi dan haruman aromatik.
A
A
A

FOLLOW ME baru-baru ini telah memperbaharui rangkaian Nature’s Path dengan formulasi dan pembungkusan premium baharu yang mempunyai ekstrak tumbuhan semula jadi dan haruman aromatik yang menawarkan pelbagai kebaikan untuk kulit berseri!

Pengurus Jenama bagi Follow Me, Jessky Hah berkata, produk terbaharu itu terdiri daripada pembersih muka, pembersih muka susu 2 dalam 1, gel mandian dan minyak untuk rambut dan badan.

Follow Me Nature’s Path Facial Cleanser ialah pembersih muka susu yang boleh didapati dalam tiga varian iaitu Whitening + Moisturising, Acne Care + Moisturising dan Triple Moisturising, sesuai untuk jenis kulit yang berbeza.

Di samping itu, jenama tersebut turut menampilkan 2 dalam 1 Milk Cleanser, pembersih muka susu yang merupakan tambahan baharu kepada rangkaian tersebut.

Sementara itu, Follow Me Nature’s Path Shower Gel pula menampilkan empat varian gel mandian iaitu Soothing, Refreshing, Calming dan Uplifting.

Satu lagi inovasi terkini yang turut ditampilkan dalam siri Nature’s Path ialah Ultra Moisturising Hair & Body Oil baharu.

"Rangkaian Nature’s Path yang diperbaharui menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan formulasi baharu yang mengandungi 100 peratus ekstrak tumbuhan semula jadi dan wangian yang akan menjadikan hari anda lebih menyenangkan selepas mandian, membersihkan muka dan menggunakan minyak untuk rambut dan badan.

"Kami berharap rangkaian Nature’s Path boleh memberikan pengalaman yang lebih baik dalam kalangan pengguna menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan serta peningkatan mutu produk kami," kata Jessky.

Artikel Berkaitan: