Guna gelombang mikro pun boleh masak keropok...

PEMILIK akaun Twitter @lisaa_aa98 berkongsi foto adik istimewanya memasak keropok keping di dalam gelombang mikro.
PEMILIK akaun Twitter @lisaa_aa98 berkongsi foto adik istimewanya memasak keropok keping di dalam gelombang mikro.
A
A
A

MENGIKUT kelaziman kita akan menggoreng keropok keping ikan atau udang di dalam kuali yang berisi minyak panas.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa kepingan keropok tersebut juga boleh dimasak di dalam gelombang mikro tanpa menggunakan minyak masak?

Situasi tersebut dibuktikan oleh pemilik akaun Twitter, @lisaa_aa98 berkongsi tindakan adik perempuan istimewanya memasak keropok keping di dalam gelombang mikro.

Pada mulanya, beliau berasa pelik, tetapi perasaan itu berubah selepas menikmati hasil masakan keropok tersebut.

"Keropok yang dimasak menggunakan microwave (gelombang mikro) lebih sedap daripada masak dengan minyak," katanya menerusi ciapan dalam Twitter dan turut mendapat ulang kicau (retweet) daripada selebriti popular, Neelofa baru-baru ini.

Dalam status @lisaa_aa98 berkenaan, beliau turut berkongsi tip memasak keropok di dalam gelombang mikro yang dipraktikkan adiknya yang mengalami masalah kelewatan pembangunan global (GDD).

Cara-caranya ialah:

-Kepingan keropok pilihan diletakkan di dalam pinggan kaca.

Artikel Berkaitan:

-Kemudian, tanpa menggunakan sebarang minyak masak masukkan keropok di dalam keropok di dalam gelombang mikro.

-Set masa selama dua minit dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: @lisaa_aa98