Gel unik solusi kulit kering

Bio-Oil Dry Skin Gel mengandungi 3 peratus air, 97 peratus minyak yang membantu merawat masalah kulit kering

A
A
A

MEMAHAMI cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini yang boleh menyebabkan kulit wajah ataupun badan menjadi kering, Bio-Oil Malaysia (Bio Oil) memperkenalkan produk baharu bagi mengatasi masalah tersebut.

Ini bermakna, baik bibir mengelupas, kulit tangan kering mahupun tumit kaki merekah semua masalah tersebut mampu dipulihkan dengan menggunakan satu produk sahaja.

Produk penjagaan kulit, Bio-Oil Dry Skin Gel yang hadir dalam tiga saiz berbeza itu dirumus khas bagi merawat masalah kulit kering, sekali gus meningkatkan dan mengunci kelembapan kulit.

Menurut Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd, Low Hooi Wan, Bio-Oil Dry Skin Gel mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding krim atau losen konvensional sedia ada di pasaran kerana ia hanya mengandungi 3 peratus air manakala 97 peratus ialah minyak.

"Lazimnya, individu yang mengalami masalah itu (kulit kering) cenderung menyapu krim, losen atau body butter (sejenis krim lebih pekat berbanding losen badan) yang mempunyai 70 peratus air.

"Tanpa kita sedari, penggunaan ‘air’ secara berlebihan tidak memberikan manfaat untuk merawat masalah kulit kering kerana ia akan menyejat sebaik sahaja menyentuh pada kulit wajah, bibir ataupun seluruh badan,” katanya ketika ditemui Femina di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Formulasi terbaik

Bukan itu sahaja, gel unik berbau harum tersebut turut dihasilkan daripada formulasi terbaik yang mengandungi 100 peratus bahan aktif dan mudah meresap pada kulit, ujar Hooi Wan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Bio-Oil Dry Skin Gel katanya, turut menggunakan teknologi krim kulit sedia ada, namun menambahbaik dengan menggantikan air yang tidak aktif dalam formulasi minyak.

"Misalnya, kandungan shea butter (minyak, mentega atau lilin) yang terdapat dalam Bio-Oil Dry Skin Gel bertujuan untuk oklusi iaitu proses mengunci kelembapan manakala bahan humectant pula bertindak menggabungkan kelembapan pada kulit.

"Ini terbukti, apabila 98 peratus rakyat Malaysia yang menyertai kempen Try And Review Bio-Oil Dry Skin Gel bersetuju bahawa produk ini merupakan solusi terbaik dalam merawat kulit kering dan membantu meningkatkan tahap kelembapan kulit," jelasnya.

Beliau turut memberitahu, Bio-Oil Dry Skin Gel juga ideal dibawa ketika bercuti di negara sejuk yang mana tahap kelembapan dan suhu rendah boleh menyebabkan kulit kering.

Selain itu, gel berkenaan juga mudah disapu dan memadai hanya dengan sedikit calitan pada bahagian yang mengalami masalah kulit kering.

Berikut ialah cara mengaplikasi Bio-Oil Dry Skin Gel.

Langkah pertama

- Kenal pasti kulit wajah dan badan yang kering akibat dehidrasi atau kekeringan selepas aktiviti mencukur khususnya bulu kaki.

Langkah kedua

- Calit gel dalam kuantiti yang kecil

Langkah ketiga

- Sapu dan urut lembut pada bahagian bermasalah sehingga gel meresap dalam kulit

Langkah keempat

- Bio-Oil Dry Skin Gel sesuai untuk kegunaan luaran sahaja

===============

ANEKDOT

Bio-Oil Dry Skin Gel

Harga: RM19.90 (50 ml)

: RM34.95 (100 ml)

: RM58.25 (200 ml)

Lokasi: Farmasi di seluruh negara

Web: www.bio-oil.com

Facebook: bio-oil Malaysia

Instagram: @biooilmalaysia