Salun kecantikan CS12 pertama di Pulau Pinang

CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon menawarkan rawatan wajah untuk semua jenis kulit.
CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon menawarkan rawatan wajah untuk semua jenis kulit.
A
A
A

JENAMA CS12 Beauty International Sdn Bhd (CS12) yang menawarkan rangkaian produk merawat kulit wajah sensitif kini melebarkan sayap baharu apabila membuka salun kecantikan pada awal Julai lalu.

Pusat kecantikan CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon yang berpangkalan di Juru Sentral, Pulau Pinang itu merupakan salun pertama di bawah payung jenama CS12.

Menurut Pengarah Urusan CS12 Beauty International Sdn Bhd, Ashley Yeen Loo Ong, pembukaan CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon adalah untuk memberi peluang kepada para pelanggan khususnya wanita menjalani sesi rawatan wajah istimewa.

“Jangan memandang ringan tentang aspek penjagaan wajah. Sesekali kulit wajah juga perlu dibelai dan berehat bagi mengembalikan keanjalan, menanggalkan sel kulit mati dan bebas kotoran yang tidak diperlukan.

“Justeru, dengan adanya salun ini para pelanggan setia produk CS12 boleh mendapatkan rawatan susulan kecantikan supaya kondisi kulit wajah kekal sihat dan cantik,” katanya kepada Femina baru-baru ini.

Bicara anak kelahiran Pulau Pinang tersebut selain rawatan CS12 Signature Facial Ritual pelanggan juga berpeluang mencuba terapi Biboting Enhanced Cupping (bekam) yang memberikan manfaat pada kesihatan kulit.

“Biarpun produk CS12 dihasilkan bagi merawat kulit wajah jenis sensitif, namun CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon berbeza kerana di sini kami menyediakan perkhidmatan rawatan bagi mengatasi masalah semua jenis kulit.

“Bertambah menarik, setiap rawatan yang dijalankan adalah menggunakan tangan dan disokong alat rawatan bersesuaian.

Artikel Berkaitan:

“Kami percaya sentuhan tapak tangan memberikan keselesaan kepada pelanggan termasuk memudahkan produk meresap ke lapisan kulit wajah,” ujarnya lanjut mengenai CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon yang memiliki dua bilik rawatan.

========ANEKDOT

CS12 Skin Care Flagship Beauty Salon

-Lokasi: 15-2, Jalan Juru Sentral, Juru Sentral, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

-Telefon: 012-276 9729

-Harga: RMM258 (rawatan wajah 150 minit)

: RM388 (rawatan 90 minit)

-Masa operasi: Selasa hingga Ahad ( 10 pagi - 7 malam)