Dua pemandu lori maut

Anggota bomba bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kenderaan berat berkenaan.
Anggota bomba bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kenderaan berat berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT - Dua pemandu lori maut selepas kenderaan berat yang membawa muatan tanah dan tong gas dipandu mereka terbabit kemalangan di Jalan Parit Kuari Air Hitam, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa merupakan lelaki tempatan yang berusia 28 dan 32 tahun.

Menurutnya, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam lori selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.37 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dengan muatan tanah yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah Air Hitam menghala ke Batu Pahat telah berlanggar dengan lori muatan tong gas yang berada di laluan bertentangan.

“Kemalangan turut mengakibatkan lori tanah tersebut menggilis lori muatan tong gas itu ke bahagian tepi jalan yang berhampiran dengan kawasan parit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ishak berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk menunggu bantuan kren bagi memastikan lori muatan tanah tidak masuk ke kawasan parit sebelum mengeluarkan mangsa.

“Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan berat berkenaan.

"Kes diserahkan kepada polis sebelum menamatkan operasi pada jam 1.40 tengah hari," katanya.

Artikel Berkaitan: