GPMS Perak perkenal program Jom Infaq

Hasnul Fairuz (dua, kanan) melayani anak-anak yatim memilih kasut sekolah di Pasar raya Besar Mydin Meru, di sini.
Hasnul Fairuz (dua, kanan) melayani anak-anak yatim memilih kasut sekolah di Pasar raya Besar Mydin Meru, di sini.
A
A
A

IPOH - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak memperkenalkan program Jom Infaq bagi membantu golongan pelajar memulakan alam persekolahan.

Pengerusinya, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, program yang bermula sejak November lalu itu berjaya membantu mengurangkan beban anak yatim dan golongan miskin membeli barangan keperluan sekolah.

Beliau berkata, program pertama yang dijalankan di Ipoh memberi manfaat kepada 21 kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Nurul Iman Manjoi.

"Projek ini dijayakan atas hasil kutipan infaq daripada orang ramai bagi memastikan anak-anak yatim ini mempunyai semangat baru ke sekolah yang akan dibuka nanti.

"Kita juga akan panjangkan program ini ke 14 GPMS daerah dan orang ramai boleh menyumbang atau berinfaq terus kepada GPMS," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman Manjoi membeli pakaian persekolahan di Pasar raya Besar Mydin Meru, di sini.

Hasnul Fairuz berkata, setiap pelajar yang menerima bantuan ini diberikan satu persalinan pakaian sekolah termasuk kasut.

"InsyaALLAH, jika kita ada dana lebih, mungkin kita boleh berikan mereka dua persalinan pakaian dan keperluan lain pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini itu yang kami mampu beri. Terima kasih saya ucapkan kepada penyumbang dan pemberian anda sudahpun diagihkan kepada pelajar-pelajar," katanya.