Hospital SELGATE Sepang siap 2023

Godwin (dua dari kiri) bersalaman dengan Noor Hisham (dua dari kanan) sambil bertukar dokumen selepas menandatangani MoA di sini semalam.
Godwin (dua dari kiri) bersalaman dengan Noor Hisham (dua dari kanan) sambil bertukar dokumen selepas menandatangani MoA di sini semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Builtech Acres Sdn Bhd dan SELGATE Healthcare Sdn Bhd menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk membina sebuah hospital di Sepang tahun depan.

Hospital yang dibina atas keluasan 2.861 hektar di daerah Sepang itu bakal memiliki 180 katil dan dijangka siap tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SELGATE Corporation yang juga Pengarah SELGATE Healthcare, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, termeterainya perjanjian itu merealisasikan hasrat mereka untuk menjadi pengendali utama dalam sektor kesihatan swasta.

"Kami sangat teruja dengan perjanjian ini di mana kami selangkah lebih dekat untuk realisasikan aspirasi kami untuk menjadi pengendali utama dalam kesihatan swasta," katanya selepas majlis menandatangani MoA pembinaan Hospital SELGATE Sepang semalam.

Sementara Pengarah Eksekutif Kumpulan JOLAND, Datuk Seri Godwin Tan Pei Poh berkata, pihaknya turut teruja dapat mengambil bahagian melalui syarikat dalam Kumpulannya, Builtech Acres untuk projek tersebut.

"Kolaborasi ini menjadi tanda bermulanya fasa berikutnya untuk mencipta laluan baharu kepada Kumpulan.

"Malah kami teruja bekerjasama dengan SELGATE Healthcare menceburi bidang kesihatan," katanya.

Builtech Acres merupakan syarikat dalam Kumpulan JOLAND di mana Kumpulan ini menjadi salah satu pemaju perumahan di Johor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: