X

Kindly register in order to view this article
!

MOA dan MEA akan kenal pasti tanah Felda untuk penanaman durian

Salahuddin Ayub
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan mengenal pasti tanah Felda yang akan digunakan untuk menanam durian, bagi membolehkan peneroka mendapat pendapatan tambahan di masa hadapan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua kementerian itu kini sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti tanah Felda yang sesuai untuk tujuan itu.

"Kami sekarang sedang membuat kajian (tanah yang sesuai di Felda)...di kawasan-kawasan berbukitlah (untuk penanaman durian)...nanti kami akan umumkan di mana tempatnya.

"Perlunya MoA dan MEA bekerjasama, supaya tanah-tanah Felda itu juga ditanam dengan tanaman tanaman kontan, dan oleh kerana Felda ada Felda Plantation yang tiada peneroka tapi ada tanaman, jadi kenapa tidak kita mengimbangi dan mengatasi isu sawit yg semakin merudum, kita tanam dengan tanaman yang menguntungkan,” katanya di sidang media selepas merasmikan Festival Durian Agrobank di sini hari ini.

Pada 3 Mei, Menteri MEA Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tanah terbiar kerajaan yang tiada perancangan pembangunan akan dikenal pasti untuk digunakan bagi tujuan pertanian.

Katanya, MoA akan mengkaji cara menyediakan peluang kepada petani dan usahawan kecil menggunakan tanah tersebut untuk meningkatkan pendapatan mereka, dan meningkatkan hasil pengeluaran negara.

Sementara itu, Agrobank yang sebelum ini dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia Bhd, hari ini menganjurkan Festival Durian, yang merupakan satu inisiatif bank tersebut mempromosikan perniagaan berasaskan durian sebagai satu punca kekayaan.

Festival ini adalah sebahagian daripada sasaran Agrobank mengembangkan lagi rangkaian dan memberikan peluang perniagaan, kepada agropreneur dalam perniagaan durian.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Khadijah Iskandar dalam ucapannya berkata dengan konsepkan ‘durian sebagai satu perniagaan’, festival ini diadakan bukan sahaja untuk menikmati keenakan raja buah itu, namun juga mempromosikan produk dan servis mereka.

"Kami telah membantu memberikan pinjaman kepada agropreneur berasaskan durian dengan jumlah keseluruhan RM90 juta. Agrobank berharap agar agropreneur akan menggunakan kesempatan ini untuk mengembangkan perniagaan berasaskan durian mereka, ke peringkat antarabangsa,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!