LZS pandang serius kes salah laku warga kerja

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memandang serius sebarang kes salah laku membabitkan integriti dalam kalangan warga kerja institusi terbabit.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak kompromi akan mengambil tindakan tatatertib serta undang-undang kepada mereka yang terlibat.

Mengulas laporan media mengenai kes salah laku membabitkan bekas warga kerja LZS, agensi itu memaklumkan ia merupakan kes terpencil.

“LZS menitikberatkan integriti semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam kalangan warga kerjanya demi memastikan wang zakat yang diamanahkan diurus dengan baik.

“Merujuk kepada kes di media massa berkaitan salah laku bekas warga kerja LZS, untuk makluman ia merupakan kes terpencil dan kes tersebut kini dalam tindakan mahkamah,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, sehingga kini pelbagai kawalan dalaman dan luaran dilaksanakan bagi memastikan integriti dan kredibiliti LZS terpelihara.

Artikel Berkaitan: