Kematian kedua akibat vape di AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Individu kedua di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit paru-paru yang teruk akibat rokok elektronik atau 'vape'.

Menurut pegawai kesihatan awam di Oregon, mangsa jatuh sakit selepas mencuba produk dibeli di dispensari untuk ganja rekreasi.

Kematian pertama akibat 'vaping' dilaporkan di Illinois pada bulan lalu.

"Masih tidak jelas sama adalah penyakit itu disebabkan oleh bahan tercemar, kandungan dalam cecair atau 'vape' itu sendiri," kata Ann Thomas.

Sementara itu, The Washington Post melaporkan penyakit tersebut dikaitkan dengan minyak daripada vitamin E yang ditemukan pada sampel produk ganja yang digunakan mangsa.

Pakar kini sedang mengkaji penyakit paru-paru misteri yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik yang telah menjejaskan lebih 200 individu di seluruh negara.

Sebelum ini, pakar di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS memaklumkan beberapa kes yang dilaporkan sejak akhir Jun lalu melibatkan tabiat vaping THC iaitu sebatian aktif utama yang terkandung dalam ganja. - Agensi

Artikel Berkaitan: