Isu video intim: NGO mohon Sultan Selangor campur tangan

Penyerahan memorandum dan laporan siasatan forensik video intim diserahkan oleh Pertubuhan Bangkit dan Gabungan Gerak Padu Selangor kepada Istana Selangor hari ini. (Gambar kecil: Shahrin Azlan )
Penyerahan memorandum dan laporan siasatan forensik video intim diserahkan oleh Pertubuhan Bangkit dan Gabungan Gerak Padu Selangor kepada Istana Selangor hari ini. (Gambar kecil: Shahrin Azlan )
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Bangkit dan Gabungan Gerak Padu Selangor memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan bagi menyelesaikan isu berhubung isu video intim yang mengaitkan seorang menteri kanan.

Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan berkata, pihaknya menyerahkan laporan penyedia perkhidmatan analisis forensik, Verden Forensics di United Kingdom berkenaan video berkenaan kepada Istana Selangor supaya tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan isu video intim itu.

Menurutnya, pihaknya mahu menteri terbabit dikeluarkan daripada barisan menteri Kabinet kerana isu berkenaan amat mengecewakan dan memalukan negara.

“Kita rasa terkilan kerana tiada tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun setelah seminggu memorandum dihantar.

“Ini adalah isu integriti negara. Jadi kita mohon Sultan Selangor campur tangan kerana menteri itu juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan memorandum dan laporan siasatan pakar forensik berkenaan video terbabit di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Serahan bersama Pengerusi Gerak Padu Selangor, Muhammad Faizal Sufar itu diterima Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Shahrin berkata, sekiranya tiada tindakan daripada kerajaan dan peguam negara, pihaknya bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain akan terus menggerakkan penyebaran hasil siasatan pakar forensik oleh sebuah badan forensik di United Kingdom itu.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan pergi ke setiap kementerian berjumpa dengan menteri, ketua setiausaha atau sesiapa untuk kita sebarkan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini beberapa kumpulan merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya campur tangan bagi menyelesaikan isu video intim.