Pesara tentera imbau kenangan patriot

Mamat menerima anugerah khas disampaikan Ridzuan (kanan).
Mamat menerima anugerah khas disampaikan Ridzuan (kanan).
A
A
A

KUALA NERUS - Usia 65 tahun tidak menjadi penghalang kepada pesara tentera, Mamat Ismail untuk menyertai pertandingan larian dan terlibat dalam aktiviti lasak.

Berbeza daripada peserta lain yang memilih menyarung kasut lebih selesa warga emas itu menarik perhatian selepas memakai but tentera ketika berlari sejauh 8 kilometer dalam acara Larian Merdeka Buluh Gading baru-baru ini.

“Saya sudah biasa melakukan aktiviti lasak serta berlari dengan but tentera. Hanya kasut ini dan kasut kawad sahaja digunakan ketika menyertai tentera dahulu," katanya ketika semalam.

Mamat sebelum memulakan larian sejauh lapan kilometer (km) dalam pertandingan Marathon Merdeka Dun Buluh Gading.
Mamat sebelum memulakan larian sejauh lapan kilometer (km) dalam pertandingan Marathon Merdeka Dun Buluh Gading.

Warga emas yang berasal dari Baloh itu berkata, aktiviti lasak adalah sebahagian daripada rutinnya ketika menyertai tentera dan dengan memakai but itu dia dapat melepaskan kerinduan ketika berkhidmat kepada negara.

Mamat yang menerima anugerah khas bersyukur kerana dapat menamatkan larian dan berharap aktiviti itu diteruskan.

Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim pada acara tersebut.

Acara larian itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.

Artikel Berkaitan: