Serangan roket Yemen ragut 30 nyawa

No Image Caption
A
A
A

SANAA - Angkatan tentera Yemen mendakwa serangan roket dilancarkan kumpulan itu yang menyasarkan lokasi berhampiran bandar Jizan di Arab Saudi telah meragut hampir 30 nyawa tentera pakatan Teluk.

Stesen TV al-Masirah melaporkan, tentera Yemen dibantu pejuang daripada Jawatankuasa Popular telah melancarkan peluru berpandu Zelzal-1 dan roket Katsuya ke sebuah lokasi di pekan Haradh.

Sumber tentera Yemen berkata, serangan itu sebagai tindak balas serangan udara tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi di negara terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: