Budak lelaki mati lemas dihanyutkan arus deras longkang

Hujan lebat turut menjejaskan aktiviti harian penduduk di Mumbai.
Hujan lebat turut menjejaskan aktiviti harian penduduk di Mumbai.
A
A
A

MUMBAI - Seorang budak lelaki berusia enam tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras longkang ketika hujan lebat melanda sebahagian besar bandar Mumbai di India semalam.

Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan sedang bermain dengan adik perempuannya yang berusia tiga tahun di luar rumah keluarga mereka di Nalasopara.

Seorang pejalan kaki yang menyaksikan mangsa terjatuh ke dalam longkang telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya sekitar jam lima petang (waktu tempatan).

Mayat mangsa ditemui pada tengah malam, kira-kira lima jam pencarian dilakukan oleh anggota bomba.

Dalam kejadian lain, kejadian banjir kilat di pinggir bandar Goregoan telah meragut dua nyawa pekeja pembersihan.

Hujan lebat berterusan melanda negeri Maharashtra sejak semalam telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk ditenggelami banjir.

Jadual penerbangan turut tergendala selain menyebabkan gangguan trafik yang teruk. - Agensi

Artikel Berkaitan: