Sila log masuk terlebih dahulu.

11,000 ahli Pas Selangor hadiri Himpunan Penyatuan Ummah

Roslan
Roslan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor akan menggerakkan seramai 11,000 penyokong dan ahli bagi Himpunan Penyatuan Ummah yang akan diadakan selama dua hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 dan 14 September ini.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pas Selangor sentiasa komited untuk menjayakan program bersejarah itu.

"Program bersejarah yang kemuncaknya akan menyaksikan pemasyhuran piagam kerjasama Pas-UMNO itu diyakini akan menyemarakkan lagi sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam terhadap perjuangan kedua buah parti Melayu Islam terbesar dalam negara itu.

"Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi telah mengeluarkan arahan agar Pas Selangor diwakili oleh sekurang-kurangnya 11,000 penyokong dan ahli yang akan berhimpun bersama lautan penyokong dan ahli Pas dan UMNO seluruh negara," katanya pada satu kenyataan.

Menurutnya, semoga kehadiran yang besar ini akan memberi isyarat dan harapan kepada semua pihak.

"Sekaligus dengan penyertaan ahli dan semua pihak terlibat menunjukkan Piagam Penyatuan Ummah ini mendapat restu dan sokongan seluruh rakyat dan bakal melakarkan landskap baru politik negara," katanya.

Artikel Berkaitan: