Kereta api bertembung trak di Jepun, seorang maut

Kejadian itu berlaku di persimpangan di Yokohama di wilayah Kanagawa hari ini.
Kejadian itu berlaku di persimpangan di Yokohama di wilayah Kanagawa hari ini.
A
A
A

TOKYO - Sekurang-kurangnya seorang maut dan kira-kira 30 cedera apabila sebuah kereta api yang membawa 500 penumpang dan trak bertembung di persimpangan laluan sibuk berhampiran Tokyo, hari ini.

Kemalangan yang mencetuskan kebakaran itu turut menyebabkan gerabak hadapan kereta api itu rosak teruk selain ratusan kargo buah oren dan lemon bertaburan di tepi trak.

Menurut jurucakap perkhidmatan operasi kereta api Keikyu tersebut, pemandu kereta api terbabit sempat menarik brek, namun sudah terlambat untuk mengelakkan pertembungan terbabit.

“Kelajuan maksimum yang ditetapkan adalah 120 kilometer sejam dan kami percaya kereta api itu mungkin bergerak melebihi had laju. Terdapat sistem pengesanan tidak normal untuk kes kecemasan. Kami telah melancarkan siasatan terhadap insiden itu,” katanya.

Awal tahun lalu, kira-kira 14 penumpang alami cedera ringan apabila sebuah kereta api tanpa pemandu di pinggir Tokyo mengubah laluan dan merempuh hentian penimbal. - AFP

Artikel Berkaitan: