Malaysia tak bercadang tandatangan perjanjian dengan syarikat Rusia

Dr Mahathir - Foto sumber internet
Dr Mahathir - Foto sumber internet
A
A
A

VLADIVOSTOK - Malaysia tidak bercadang menandatangani sebarang perjanjian dengan syarikat Rusia di Forum Ekonomi Timur (EEF) yang sedang berlangsung, namun ia telah berbincang dengan mereka mengenai kemungkinan pelaburan langsung yang lebih banyak.

“Kami tidak bercadang untuk menandatangani sebarang perjanjian buat masa ini, namun kami akan melihat jika terdapat keperluan untuk itu,” memetik kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berdasarkan laporan agensi berita Rusia Sputnik.

Pada masa yang sama, Malaysia berbincang dengan syarikat-syarikat Rusia mengenai kemungkinan membabitkan mereka dalam lebih banyak pembangunan ekonomi di negara itu, terutama dari segi pelaburan langsung asing.

“Malaysia adalah sebuah perdagangan, kami sentiasa memikirkan cara untuk mencari pasaran baharu, dan kami melihat bahagian timur Rusia mungkin merupakan lokasi yang baik untuk menjadi pasaran bagi eksport kami,” kata Dr Mahathir. - Bernama

Artikel Berkaitan: