Caj GRO ikut warganegara

Sebahagian GRO yang ditahan dalam Op Bersepadu Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Datoh, Ipoh.
Sebahagian GRO yang ditahan dalam Op Bersepadu Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Datoh, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Bayaran perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) dikenakan mengikut standard warganegara.

Itu ditawarkan sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Datoh di sini yang menggaji warga asing tanpa pas yang sah bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Taktik itu berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Perak dalam satu operasi bersepadu yang berakhir jam 1 pagi tadi.

Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, premis yang beroperasi seawal 6.30 petang itu akan menempatkan GRO di bilik-bilik yang disewa pelanggan pada kadar RM600.

"Bayaran bagi setiap seorang pelayan wanita ini adalah mengikut warganegara iaitu Thailand dan Vietnam RM75 manakala China RM88.

"Hasil maklumat, pusat karaoke itu juga disyaki menawarkan khidmat menemani pelanggan untuk dibawa keluar bagi tujuan khidmat persundalan," katanya.

Sebahagian GRO yang ditahan dalam Op Bersepadu Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Datoh, Ipoh.
Sebahagian GRO yang ditahan dalam Op Bersepadu Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Datoh, Ipoh.

Beliau berkata, dalam operasi itu, 17 GRO dan tiga lelaki tempatan dipercayai pekerja telah ditahan bagi pemeriksaan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ketika serbuan, kesemua wanita itu sedang asyik melayan pelanggan sebelum cuba melarikan diri ke bilik rahsia.

"Kecekapan Pegawai Operasi yang dapat menghidu taktik itu telah berjaya menahan kesemua wanita terbabit daripada meloloskan diri," katanya.

Operasi disertai 15 Pegawai Imigresen dari Bahagian Penguatkuasa itu turut membuat serbuan di 11 lokasi lain terdiri premis kediaman, restoran dan kedai.

Kamalludin berkata, daripada 64 warga asing yang diperiksa, 17 orang termasuk tiga kanak-kanak berusia lingkungan dua hingga 40 tahun telah ditahan.

"Mereka terdiri 11 warga Indonesia, warga India (4), Bangladesh dan Pakistan masing-masing seorang," katanya.