Kantoi sembunyi atas siling

Ada beberapa warga asing cuba memanjat siling bagi menyembunyikan diri.
Ada beberapa warga asing cuba memanjat siling bagi menyembunyikan diri.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) memanjat siling untuk menyembunyikan diri gagal selepas berjaya dikesan anggota penguatkuasa dalam Ops Bersepadu di sebuah kilang jam 9.15 malam tadi.

Dalam operasi itu, seramai 33 individu ditahan termasuk lelaki dan wanita warganegara Myanmar dan China yang dipercayai bekerja di sebuah kilang perusahaan di Sungai Petani.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, daripada jumlah tersebut, 14 lelaki dan 13 perempuan warganegara Myanmar serta dua lelaki dan empat perempuan warganegara China ditahan.

Menurutnya, individu yang ditahan berumur lingkungan antara 18 sehingga 56 tahun.

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di sebuah kilang perusahaan di Sungai Petani.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di sebuah kilang perusahaan di Sungai Petani.

"Operasi bermula sekitar jam 9.15 malam dan berakhir jam 10.50 pagi melibatkan 14 pegawai imigresen," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15 (1)(c) atas kesalahan tinggal lebih masa.

Mereka juga dikesan melanggar Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik.