Biar SPRM siasat secara profesional: Uggah

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini berkata, biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara profesional terhadap kes melibatkan tiga pegawai kanan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra).

Menurutnya, beliau tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai perkara tersebut, kerana ia melibatkan siasatan dan menerima apa sahaja keputusan SPRM.

Uggah yang juga merupakan Menteri Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menangani Memorendum Persefahaman (MOU) di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan tiga pegawai kanan Salcra bersama seorang ahli perniagaan ditahan SPRM, untuk membantu siasatan kes rasuah.

Tiga individu tersebut ialah Pengurus Besar Salcra, Vasco Sabat Singkang; pegawai kanan, Joseph Blandoi dan Sikin Sentok; serta seorang ahli perniagaan Anthony Abang.

Pegawai penyiasat SPRM, Mohd Ikhwan Mohd Pauzi sebelum ini meminta agar empat orang ditahan reman selama tujuh hari melalui siasatan rasuah.

Bagaimanapun, pemohonan itu ditolak Mahkamah Majistret Kuching selepas Peguam Singkang Roger Chin berhujah bahawa SPRM tidak mempunyai alasan untuk menahan empat individu tersebut.- Bernama

Artikel Berkaitan: