Pemandu bas kilang positif dadah

Suspek (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sungai Petani selepas selesai mendapatkan permohonan reman.
Suspek (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sungai Petani selepas selesai mendapatkan permohonan reman.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pemandu bas kilang yang menyebabkan pelanggaran 13 kenderaan pagi semalam, dikesan positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah.

Suspek berusia 41 tahun itu dibawa ke Mahkamah Sungai Petani hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

Reman dibenarkan Penolong Pendaftar, Mohammad Alif Abdul Aziz selama empat hari dan selesai lebih kurang jam 11.20 pagi tadi.

Lelaki itu ditahan ketika membuat laporan polis di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira jam 9.45 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Celik-celik mata kereta dah remuk'

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan membabitkan 13 kenderaan di simpang Bandar Amanjaya, di sini pagi semalam.
Kemalangan membabitkan 13 kenderaan di simpang Bandar Amanjaya, di sini pagi semalam.

Semalam, satu kemalangan membabitkan 13 kenderaan berlaku di lampu isyarat Bandar Amanjaya kira-kira jam 8 pagi membabitkan enam mangsa cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat kerosakan brek bas kilang yang telah melanggar sebuah kenderaan di hadapan.

Impak kemalangan telah menyebabkan kesemua kenderaan berlanggar sesama sendiri.

Beliau berkata, keadaan kawasan tempat kemalangan yang curam dan berbukit telah menyebabkan kelajuan bas gagal dikawal sewaktu kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek menghilangkan diri sejurus kejadian kerana bimbang dipukul orang ramai.