Diskaun istimewa sempena Karnival Bonanza

Muhammad Muadz (empat,kiri) memberikan penerangan mengenai tawaran yang disediakan oleh JKP Sdn Bhd bagi projek perumahan Alia di Nibong Tebal.
Muhammad Muadz (empat,kiri) memberikan penerangan mengenai tawaran yang disediakan oleh JKP Sdn Bhd bagi projek perumahan Alia di Nibong Tebal.
A
A
A

SYARIKAT pemaju hartanah, JKP Sdn Bhd menawarkan rebat RM5,000 kepada pembeli projek perumahan Alia yang terletak di Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal sempena Karnival Bonanza, semalam.

Projek pembinaan 96 rumah teres dua tingkat itu dijual dengan harga RM316,000 dan telah dilancarkan pada 6 Oktober lalu dan mendapatkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengurus Pemasaran dan Jualan JKP Sdn Bhd, Muhammad Muadz Abdul Wahab berkata, pemberian rebat itu diberikan sebagai hadiah akhir tahun kepada pelanggan bagi menghargai sokongan mereka terhadap projek yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

"Sebelum ini pada pelancaran projek berkenaan, potongan sebanyak RM15,000 telah diberikan kepada pembeli dan sebagai hadiah akhir tahun, kami memberikan pulangan rebat sebanyak RM5,000 kepada pelanggan yang mendaftar sempena program hari ini (semalam).

"Sudah semestinya menjadi tanggungjawab kami dalam membantu masyarakat Bumiputera bagi menawarkan rumah dengan harga mampu milik yang menjadi idaman ramai," katanya.

Projek Alia yang dibangunkan dalam fasa 6 dan 7 adalah yang terakhir di Taman Seri Putera, Nibong Tebal dan bakal diduduki pembeli pada Januari 2020.

Muhammad Muadz berkata, reka bentuk rumah berkenaan yang eksklusif dan menggunakan bahan berkualiti serta berjenama menjadikan projek berkenaan menjadi rebutan ramai.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Karnival Bonanza itu, Muhammad Muadz berkata, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat guaman bagi pembelian rumah selain boleh membuat semakan terus dengan bank-bank tempatan mengenai pinjaman perumahan yang disediakan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pelbagai aktiviti lain diadakan seperti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, aneka gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah tempatan, persembahan busker, badut, ruangan berswafoto dan banyak lagi.

Katanya, program berbentuk kekeluargaan ini diadakan bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai projek yang diusahakan JKP Sdn Bhd.

"Untuk 2019 lebih banyak projek yang akan dibangunkan JKP Sdn Bhd terutamanya di kawasan Seberang Jaya dan Permatang Pauh yang semestinya menawarkan harga yang sangat berpatutan.

"Kami juga mempunyai unit-unit komersial yang masih dalam proses penjualan yang ditawarkan dengan rebat istimewa," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai projek yang dibangunkan JKP Sdn Bhd boleh terus ke galeri jualan Menara JKP di Jalan Macalister di sini atau layari facebook Jkp Sdn Bhd.