Anak lelaki Mursi meninggal dunia

Abdullah Mursi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
A
A

KAHERAH - Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi dilaporkan meninggal dunia semalam akibat serangan jantung di sebuah hospital di Kaherah.

Sumber keluarga mengesahkan kematian Abdullah Mursi, 24, kepada agensi berita Anadolu tanpa memberi butiran lanjut.

Kementerian Kesihatan Mesir belum memberi komen berhubung kematian terbabit.

Mohammed Mursi, presiden pertama Mesir dilantik secara demokrasi meninggal dunia Jun lalu ketika menghadiri perbicaraan.

Beliau digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera pada tahun 2013 diketuai Abdel Fattah al-Sisi yang kini Presiden Mesir. - Agensi