Isu produk pengusaha bukan Islam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

USAHA memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat dan tidak sesuai dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Malah Jemaah Menteri dalam mesyuarat semalam turut bersetuju bahawa langkah memboikot barangan keluaran pengusaha Islam adalah sangat tidak wajar.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu turut menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Sebaliknya rakyat diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, beliau tidak bersetuju dengan gerakan memboikot itu dan menyifatkan perkara itu hanya dilakukan oleh mereka yang berfikiran cetek.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kempen memboikot barangan bukan Islam sebagai satu langkah yang tidak sihat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution pula mengulas, ia tidak mendatangkan keuntungan pada sesiapa.

Apa yang perlu dilakukan ialah memperkukuhkan kempen yang bertujuan memperkasa ekonomi orang Islam. Sekarang sudah banyak produk yang dihasilkan oleh orang Islam di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Pengguna Islam tidak sepatutnya memboikot barangan buatan bukan Islam kerana mungkin ada produk yang tidak dikeluarkan oleh pengusaha Islam. Kita juga bergantung kepada produk bukan Muslim dalam keperluan seharian kita.

Kuasa membeli terbesar di negara ini juga terletak pada tangan umat Islam. Sudah sampai masanya 20 juta umat Islam di negara ini mengutamakan produk-produk saudara Muslimnya sendiri.

Jika setiap orang Islam membeli barang keperluan dapur dalam kalangan produk Islam, sudah tentu ia akan menyumbang berbilion ringgit bagi pergerakan ekonomi umat Islam.

Lebih banyak produk dan syarikat perniagaan Islam muncul, maka zakat, wakaf, sedekah serta bantuan sesama Islam akan bertambah kukuh.