Kempen Beli Barangan Muslim tidak beri kesan pelaburan

Mohammad Nizar dan Isaac menyaksikan memorandum persefahaman antara pihak DPPM diwakili Muhyiddin (kanan) dan Dorothy.
Mohammad Nizar dan Isaac menyaksikan memorandum persefahaman antara pihak DPPM diwakili Muhyiddin (kanan) dan Dorothy.
A
A
A

IPOH - Kempen Membeli Barangan Muslim yang giat dilaksanakan sekarang tidak memberi kesan dalam konteks pelaburan.

Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai pandangan daripada pihak tertentu.

"Ia tidak akan menjejaskan apa-apa, cuma pandangan satu-satu pihak. Bukan pegangan mana-mana pihak kerajaan Pusat mahupun negeri.

"Rakyat bebas nak beli apa sahaja yang mereka mahu," katanya pada sidang akhbar sempena Forum Perak-Uganda (Trade Gateaway Forum) anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Melayu Perak (DPPMP) di Hotel Impiana di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Bandar, Tanah dan Pembangunan Perumahan Bandar Uganda, Isaac Musumba dan Pesuruhjaya Tinggi Uganda ke Malaysia, Dorothy Samali Hyuha.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom kempen bantu ekonomi Muslim

Sampai ke mana kempen beli produk Muslim?

Sementara itu, Yang Dipertua DPPMP, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah menyifatkan tindakan berkenaan bukan bermaksud memboikot produk-produk lain, sebaliknya bertujuan membantu meningkatkan ekonomi peniaga Muslim.

"Bukan boikot, cuma pengguna mahu beri keutamaan kepada produk halal.

Artikel Berkaitan:

"Dulu pun kita pernah ada kempen beli produk British," katanya.