Kumpul 14,000kg barang terpakai

Ahli Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Koleh Tingkatan Enam Bandar Pontian mengadakan pameran barang kitar semula baru-baru ini.
Ahli Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Koleh Tingkatan Enam Bandar Pontian mengadakan pameran barang kitar semula baru-baru ini.
A
A
A

PONTIAN - Prihatin terhadap isu alam sekitar membabitkan pembuangan sampah yang semakin meningkat membuatkan ahli Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian sepakat mengumpul barang terpakai yang boleh dikitar semula.

Atas inisiatif itu mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 14,000 kilogram (kg) barang kitar semula seperti kertas, botol, plastik dan tin sejak projek terbabit dimulakan pada Februari lalu.

Ahli Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian berganding bahu bersama komuniti setempat menjayakan aktiviti mengutip sampah di kawasan pesisir pantai di Bandar Pontian.
Ahli Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian berganding bahu bersama komuniti setempat menjayakan aktiviti mengutip sampah di kawasan pesisir pantai di Bandar Pontian.

Pengerusi kelab, Mohd Izzuddin Maberi berkata, kerjasama dengan komuniti penduduk Taman Megah yang berdekatan dengan kolej membantu ahli kelab mengumpul barang kitar semula berkenaan.

"Aktiviti pengumpulan barang kitar semula terbabit merupakan usaha berterusan pihak sekolah bagi memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain itu, Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian terpilih memasuki Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (Perkiss) pada tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai kejayaan diraih Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian.
Pelbagai kejayaan diraih Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar Kolej Tingkatan Enam Bandar Pontian.

Guru Pembimbing, Mohd Khir Yusof berkata, pelbagai aktiviti diadakan kelab sebagai menyokong semangat mencintai alam sekitar antaranya mendaki Gunung Lambak dan membersihkan kawasan pesisir pantai di Bandar Pontian.

"Bagi pertandingan Perkiss, sudah tentu kita mengharapkan kedudukan lebih baik. Pada tahun 2017, Kolej Tingkatan Enam muncul naib johan," katanya.