Aktiviti berkuda pikat pelancong

Trek berkuda dari Ketereh ke Selising mampu menarik pelancong.
Trek berkuda dari Ketereh ke Selising mampu menarik pelancong.
A
A
A

PASIR PUTEH - Aktiviti berkuda di trek semula jadi bakal menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2020.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, aktiviti yang juga sunnah Rasulullah SAW itu wajar dikembangkan.

"Trek dari Ketereh ke Selising amat bersesuaian dan boleh dijadikan trek untuk pelancong berkuda sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

"Kita mempunyai banyak unsur yang mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan luar, aktiviti berkuda ini akan menjadi salah satu daripadanya," katanya.

Tuan Mohd Saripudin (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Tuan Roshihan.
Tuan Mohd Saripudin (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Tuan Roshihan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup Program Kembara Sunnah Berkuda Merdeka 2019 di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising hari ini.

Sebelum itu, pelepasan peserta disempurnakan wakil Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Anas Karimi Ahmad Thani di Ketereh.

Program yang membabitkan 34 peserta termasuk lapan peserta wanita itu anjuran bersama Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan dan Kelab Sukan Berkuda High Chapparal Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian peserta yang memeriahkan Program Kembara Sunnah Berkuda Merdeka 2019.
Sebahagian peserta yang memeriahkan Program Kembara Sunnah Berkuda Merdeka 2019.

Komuniti Berkuda D'Bustan Stable Ketereh dan Kelab Al Fursan MPKB-BRI, Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Pasir Puteh, Yayasan Amanah Tok Kenali dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

Pengarah Program, Tuan Rosihan Yahya Al Kubro ketika ditemui berkata, program itu diberi nilai tambah dengan slot Kursus Asas Pengenalan Berkuda Muslimat.

Menurutnya, penggiat sukan berkuda dan memanah, Wan Fadhilah Ismail memberi tunjuk ajar kepada Muslimat yang meminati aktiviti sunnah itu.

"Aktiviti lasak ini juga sesuai untuk Muslimat adakan syariat Islam dijaga dengan baik, ia tidak menghalang Muslimat menyertai aktiviti lasak," katanya.