Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan di Kompleks Muzium Sarawak

Foto DayakDaily
Foto DayakDaily
A
A
A

KUCHING - Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Sulong Matjeraie akan dipamerkan kepada orang awam di galeri Kompleks Muzium Sarawak yang baharu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, Sulong ialah anak Sarawak pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2012 sehingga 2013 sebelum beliau bersara wajib.

“Kita berterima kasih kepada Tan Sri kerana sudi menyerahkan jubah yang pernah dipakai oleh beliau pada ketika itu untuk pihak muzium sebagai koleksi khas.

“Selain jubah Tan Sri Panglima Sulong, jubah Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ketika beliau menjadi Peguam Negara juga turut akan dipamerkan,” katanya pada sidang media Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2019 di sini hari ini.

Kompleks Muzium Sarawak bernilai RM323 juta itu dijangka dibuka kepada orang awam pada Januari depan. - Bernama

Artikel Berkaitan: