X

Kindly register in order to view this article
!

Keluarga cari warga emas hilang

Hebahan kehilangan Nik Abdullah dibuat oleh ahli keluarga di Facebook. (Gambar kecil: Kad pengenalan milik Nik Abdullah.)
A
A

SHAH ALAM -Seorang warga emas Nik Abdullah Basir, 83, dicari oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah sejak pagi tadi.

Anaknya Nik Norwanis Abdullah berkata, ayahnya disedari hilang selepas menghantar ibunya ke klinik di Setiawangsa menggunakan sebuah kereta Perodua Kembara bernombor pendaftaran MAT 9514.

"Ayah keluar daripada rumah yang terletak di Lembah Keramat kira-kira jam 8.30 pagi tadi bersama ibu dan tiba di klinik pada jam 9 pagi.

"Lepas hantar ibu, ayah sempat beritahu yang dia mahu pulang bersarapan di rumah dan akan ambil ibu semula selepas itu," katanya.

Katanya lagi, ibu menunggu sehingga jam 12 tengah hari namun ayahnya tidak kelihatan.

"Ibu tunggu ayah tapi ayah tak datang. Saya dan adik beradik lain cuba cari ayah tapi tak jumpa.

"Apa yang saya risaukan ayah ada kencing manis dan dia tak berapa ingat jalan dekat kawasan ini," katanya.

Menurutnya, hebahan kehilangan ayahnya itu telah dibuat melalui laman Facebook.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Nik Abdullah Basir boleh menghubungi Nik Norwanis di talian 012-314 5678.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!