Pesawat SIA patah balik kerana hilang tekanan kabin

Topeng oksigen dikeluarkan selepas pesawat SQ336 itu kehilangan tekanan kabin. - Foto Twitter/jcgrenoble
Topeng oksigen dikeluarkan selepas pesawat SQ336 itu kehilangan tekanan kabin. - Foto Twitter/jcgrenoble
A
A
A
SINGAPURA - Penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Paris terpaksa berpatah balik selepas pesawat kehilangan tekanan kabin sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Pesawat SQ336 yang membawa 234 penumpang itu meninggalkan lapangan terbang terbabit pada 12.46 pagi (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Paris pada jam 7.15 pagi (waktu Perancis).

Menurut laman web pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat itu naik pada ketinggian 7,315 meter (m) selepas 15 minit dan berada di ruang udara Malaysia sebelum ia berpatah balik dan berada pada ketinggian 1,828 m.

Jurucakap SIA memaklumkan, pesawat itu terpaksa berlegar-legar di ruang udara selama kira-kira sejam untuk membuang minyak sebelum ia mendarat.

"Topeng oksigen juga dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga ketika situasi itu berlaku. Ia selama mendarat di Lapangan Terbang Changi pada jam 2.30 pagi dan tiada penumpang atau kru dilaporkan cedera," ujarnya.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, penerbangan itu diteruskan pada jam 6 pagi selepas menukar pesawat. - CNA