X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga suspek serah diri, Farhash Wafa tak muncul

A
A

SHAH ALAM - Tiga lelaki ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes rusuhan di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Ampang dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 11.40 pagi.

"Ketiga-tiga suspek ini bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai dan akan direman untuk siasatan lanjut.

"Semakan yang dibuat mendapati seorang daripada suspek mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah serta disenaraikan sebagai dikehendaki oleh IPD Cheras berkaitan kes dadah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak masih gagal hadirkan diri untuk bantu siasatan.

"Sehingga kini Farhash Wafa masih gagal dikesan dan kita minta untuk dia segera tampil bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu dipercayai berpunca apabila seorang lelaki yang bertindak menolak muka mangsa hingga berlaku kekecohan di kompleks terbabit.

Mangsa kemudian diserang sekumpulan 10 lelaki yang bersenjatakan topi keledar, pisau dan kerusi hingga koyak di bahagian tisu pinggang, luka di anggota badan dan sakit pada bahagian kemaluan.

Susulan kejadian terbabit, polis meminta salah seorang individu terbabit, Farhash Wafa untuk tampil bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan di kompleks sukan: Polis minta Farhash tampil


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus