Rombakan Kabinet perlu tanya PM, kata Muhyiddin

Muhyiddin. - Foto Bernama
Muhyiddin. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Desas-desus kononnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri turut mendapat respon ringkas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau ketika menjawab soalan pemberita menjelaskan pertanyaan itu sepatutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Anda (wartawan) patut tanya Perdana Menteri," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor di kementeriannya hari ini.

Sebuah akhbar melaporkan, dalam rombakan itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bakal digugurkan daripada Kementerian Kewangan dan berpindah ke portfolio baharu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Perdana Menteri mungkin akan melakukan rombakan dalam barisan Kabinetnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rombakan Kabinet, tiada menteri baharu: PM

Artikel Berkaitan: