Polis cari Hardianto bantu kes bunuh

Seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah dan ditikam sampai mati di sebuah banglo di Jalan 1/19 di sini, malam tadi.
Seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah dan ditikam sampai mati di sebuah banglo di Jalan 1/19 di sini, malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah banglo di Jalan 1/19 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata, lelaki berbangsa Madura itu dikenali sebagai Hardianto berusia 37 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Marzuqi Ibrahim di talian 03-79662222,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Md Atas Ali ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di depan sebuah rumah.

Mangsa sebelum itu dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki dan maut akibat ditikam beberapa kali di belakang badan.

Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan memelihara 12 ekor kucing dan kejadian berlaku ketika hendak memberi makan dan minum kepada haiwan peliharaan tersebut.

Punca kejadian disebabkan mangsa menjiruskan air minuman kepada kucing namun terkena suspek.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh rakan kerana jirusan air minuman kucing