X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi Sungai Lembing: Harap dapat masuk tapak kebakaran

Shew Yon merenung kawasan kebakaran yang juga tapak rumah pusaka ibunya.
A
A

KUANTAN - Mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing di sini berharap siasatan berhubung kejadian itu dapat diselesaikan segera supaya mereka dapat masuk ke tapak kebakaran untuk mencari barangan yang masih selamat.

Lim Shew Yon, 54, berkata, keluarganya ingin sekali memasuki kawasan tapak rumah untuk melihat dan mengambil barangan yang masih boleh digunakan.

"Rumah itu simpan banyak kenangan. Keluarga saya suka simpan barangan antik seperti mesin taip lama, seterika dan pelbagai jenis telefon lama yang sangat berharga.

"Walaupun saya sedar ia mungkin dah musnah tapi saya harap saya boleh masuk dan mencarinya.

"Ia ada nilai sentimental bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di pusat penempatan sementara mangsa kebakaran di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Lembing di sini hari ini.

Shew Yon berkata, buat masa ini kesemua mangsa kebakaran tidak memasuki kawasan premis masing-masing susulan menghormati siasatan yang sedang dijalankan pihak berkaitan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!