TNB nafi kerjasama dengan individu dalam pemasangan sistem solar

No Image Caption
A
A
A

TENAGA Nasional Berhad (TNB) merujuk kepada mesej media sosial berkaitan program pemasangan sistem solar di masjid-masjid dan surau-surau ditawarkan seorang individu, kononnya dengan kerjasama TNB.

"Kami menafikan terdapat kerjasama antara TNB dan individu tersebut bagi menawarkan perkhidmatan pemasangan solar seperti ditularkan," katanya menerusi satu kenyataan media.

Bagaimanapun, TNB menerusi anak syarikatnya GSPARX Sdn Bhd ada menawarkan skim pemasangan solar tanpa modal awalan kepada semua pelanggan komersial dan industri yang layak termasuk masjid dan rumah ibadat.

TNB berkata, skim tersebut iaitu Solar Energy Purchase (SEP) membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga solar di atas bumbung.

Untuk rekod, TNB mempunyai pegangan dalam GSPARX menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewables Sdn Bhd. TNB Renewables pula mempunyai 100% kepentingan dalam GSPARX.

Artikel Berkaitan: