Warga Indonesia maut dilanggar kereta

Chee Khoon
Chee Khoon
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di simpang tiga Jalan Haji Shafie, Sungai Tengar, Sungai Air Tawar di sini kelmarin.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, Alias, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, pemandu kereta Proton Saga FLX yang berusia 70, parah di kepala manakala tiga penumpang yang juga pelajar tahfiz berusia 12, 13 dan 15 tahun tidak cedera.

"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam," katanya.

Katanya, pemandu kereta turut dibawa ke hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Artikel Berkaitan: