Nahas bas di NZ ragut nyawa pelancong China

Mangsa yang terselamat dipindahkan ke bas lain.
Mangsa yang terselamat dipindahkan ke bas lain.
A
A
A

WELLINGTON - Sekurang-kurangnya lima pelancong warga China terbunuh dam enam lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di lebuh raya di bahagian utara negara itu.

Polis berkata, semasa kejadian terdapat 27 orang di dalam bas malang tersebut ketika ia terbalik kira-kira 20 kilometer di pinggir pekan Rotorua.

"Saya tidak boleh beri maklumat terperinci kerana pihak berkuasa sedang mengenali pasti identiti dan berusaha menghubungi keluarga si mati di China," kata Inspektor Polis, Brent Crowe.

Tambah Crowe, pemandu bas pelancong terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan sedang dijalankan. - AFP

Artikel Berkaitan: