MBR iktiraf LSK sebagai pengeluar tilam semula jadi terbesar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakar tilam lateks asli, LSK (Lee Swee Kiat Group Bhd) baru-baru ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) dengan anugerah Pengeluar Tilam Semula Jadi Terbesar di Malaysia.

LSK ialah syarikat senaraian di Bursa Malaysia, menurut kenyataan.

Menteri Industri Utama Teresa Kok merupakan tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah MBR itu.

Bersempena dengan acara meraikan kejayaan itu, LSK turut mengumumkan Amber Chia sebagai Duta Jenama Napure.

Tetamu diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukan fesyen diperbuat daripada lateks dan Latex Jump Challenge, pada acara itu.

Sementara itu pada pertunjukan fesyen berkenaan, Amber dan anaknya memperagakan pakaian dan aksesori diperbuat daripada Lateks Asli Napure hasil ciptaan pereka paling muda yang diiktiraf MBR, Amelia Lee.

Diwujudkan sejak 1975, LSK menggunakan lateks asli daya emparan yang juga komoditi dan menukarnya kepada produk tilam lateks nilai tambah tinggi di bawah jenama Napure, tilam jenama berdaftar di Jerman yang menawarkan tilam diperbuat daripada lateks asli 100 peratus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lsk.com.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: