Hormati keluarga arwah, usah buat spekulasi: Mat Sabu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang pegawai tentera darat di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan, Mohamad turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, dan berharap mereka tabah menghadapi suasana pilu itu.

“Menerima khabar duka pemergian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), pagi tadi.

“Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Allahyarham yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi tadi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak AR Badul maut terkena tembakan

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Tentera Darat Malaysia (TDM) turut mengesahkan insiden kematian Mejar Mohd Zahir sewaktu melakukan demonstrasi keupayaan tentera darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

“Latihan demonstrasi keupayaan berkenaan telah dilaksanakan bermula pada 26 Ogos yang lalu. Bagaimanapun semasa pelaksanaan demonstrasi pada hari sebenar, telah berlaku situasi yang menyebabkan kemalangan jiwa tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Allahyarham merupakan pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka. Allahyarham merupakan bapa kepada lima anak berusia antara 9 tahun hingga lima bulan dan berasal dari Kuala Lumpur,” katanya.