X

Kindly register in order to view this article
!

Pemilihan Siti Zainon tepat

Siti Zainon
A
A

SHAH ALAM - Pemilihan penulis wanita tanah air, Prof Dr Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 adalah layak dan tepat.

Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr Muhammad Salleh berkata, beliau telah terlibat dalam pemilihan Anugerah Sastera Negara lebih daripada 10 kali.

Menurutnya, atas kapasiti sebagai pengkaji, penulis dan pengkarya sastera, beliau sangat arif dengan proses ini.

"Siti Zainon merupakan calon yang layak dan tepat.

"Ini kerana beliau telah membawa sastera Malaysia ke pelbagai pelosok dunia, bukan sahaja Asia Tenggara, malah hingga ke Eropah, Rusia dan Jepun," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Muhammad berkata, tambahan pula usia penulisan Siti Zainon juga lebih lama.

Beliau menegaskan Anugerah Sastera Negara bukanlah sebuah anugerah untuk membuang seseorang dan menaikkan seseorang yang lain.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Siti Zainon dipilih berdasarkan beberapa kriteria antaranya sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima.

Katanya, anugerah itu diberikan oleh kerajaan kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan telah memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Zainon Sasterawan Negara ke-14


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus