Agong singgah restoran, pesan teh tarik

Tangkap layar gambar yang turut dikongsikan di laman Instagram Istana Negara.
Tangkap layar gambar yang turut dikongsikan di laman Instagram Istana Negara.
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah singgah di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini pagi ini bagi menikmati santapan pagi.

Video yang dikongsi di Instagram Istana Negara memaparkan baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

"Apa ada jual?" tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

Dijawab peniaga itu, "macam-macam ada Tuanku" sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.

Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

"Air apa ada? Teh tarik ada? Teh tarik satu," katanya kepada wanita yang mengambil pesanan baginda.

Rata-rata warganet yang meninggalkan ulasan menyatakan rasa kagum dan memuji Sultan Abdullah.

Pengguna Instagram menggunakan nama myusofahm85's berkata, sungguh beruntung orang yang menerima sapaan Tuanku ketika di restoran berkenaan.

"Wow untungnya yang dapat sentuhan Agong itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara menurut, najwanhalimi's profile berkata," Haha steady Tuanku! Harap Tuanku berkenan cemar duli makan di Shah Alam," komennya.

_zua31's pula menulis tentang sifat rendah diri yang dimiliki Sultan Abdullah.

"Kami sangat berbangga kerana memiliki Al-Sultan," katanya.